klik


widgets

Sunday 12 August 2018

PANDUAN MEMILIH PAKEJ UMRAH ATAU AGENSI PENGELOLA


PANDUAN MEMILIH PAKEJ UMRAH ATAU AGENSI PENGELOLA
(UNTUK ELAK KENA TIPU)

1. SEMAK DAFTAR LESEN AGENSI UMRAH

Penting untuk kita tahu bahawa bukan semua agensi pelancongan boleh menawarkan pakej umrah. Menurut Kementerian Pelancongan Malaysia, yang sah mengendalikan Umrah hanyalah syarikat berstatus Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) dan dilesenkan di bawah 2 bidang (yang senaraikan di bawah):
  • Agensi pengembaraan(ticketing)
  • Pelancongan luar negeri (outbound)


ELAKKAN daripada membuat pembayaran melalui wakil syarikat persendirian, ejen, yayasan, atau koperasi kerana mereka sebenarnya tidak dilesenkan sebagai pengendali umrah.

Jangan lupa minta resit rasmi syarikat setiap kali membuat pembayaran secara keseluruhan, sebahagian, atau ansuran.

Senarai travel agensi yang turut berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia (boleh disemak di http://www.motac.gov.my). 

Senarai ini dikeluarkan dan dikemaskini oleh Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR) menerusi Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). 

Ia dibahagikan kepada dua kategori, yang merupakan Muassasah dan bukan Muassasah. Kedua – dua kategori ini adalah sah untuk menawarkan pakej umrah.

**RADWA TRAVEL & TOURS SDN BHD MERUPAKAN PEMEGANG LESEN LKU YANG SAH
(KPL/LN 7055 / LKU-203)


2. SELIDIK LATAR BELAKANG AGENSI UMRAH (PENGENDALI / PENGELOLA)

Selidik lebih mendalam mengenai agensi tersebut. Buat semakan mengenai latar belakang syarikat dan ‘track record’ pengendali pakej umrah tersebut.


SESIAPA SAJA BOLEH MENJADI MANGSA

Diharapkan setiap bakal jemaah dapat menjadikan perkara penting ini sebagai panduan asas dalam mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Jika tidak berhati-hati, sesiapa saja boleh menjadi mangsa penipuan. Bahkan, terdapat juga antara kes penipuan ini yang turut melibatkan selebriti seperti Nubhan dan Firman (Akademi Fantasia) yang pernah menceritakan kisah beliau pada awal tahun lalu.

Jika anda berasa ragu-ragu terhadap pakej, anda juga dinasihatkan untuk menyemak senarai agensi pengendalian umrah yang telah disenaraihitamkan di pautan berikut:

http://www.motac.gov.my/en/services/announcement/731-list-of-companies-licenses-revoked-due-to-involvement-in-umrah-package-fraud