klik


widgets

Monday 5 December 2016



ASSALAAMUALAIKUM W.B.T.

PERJALANAN UMUR
Ketika umur kita dibawah 10 tahun, kita merasa bahwa bermain merupakan suatu yang sangat penting. 
Sebab itu, 
Kita suka bermain. Pagi, sore, siang, malam, bermain terus.
Ketika umur kita belasan tahun, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. 
Sebab itu, 
kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. 
Ingin suara didengar
Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. 
Kita mulai bandel dan tidak suka dengar nasihat.
Beranjak ke umur 20-an, kita merasakan pendidikan dan kerja begitu penting. 
Sebab itu, 
kita belajar sungguh-sungguh untuk memperoleh kerja yang sesuai. 
Kadang-kadang kita menyesal, kenapa dulu tidak belajar sungguh-sungguh, biar dapat pekerjaan yang baik seperti kawan-kawan yang lain. 
Alangkah ruginya kita telah berleha-leha sebelum ini.
Meningkat ke umur 30-an, kita semakin sadar bahwa keuangan itu sangat penting. 
Sebab itu, 
masa inilah kita membina hidup. 
Membina keluarga. 
Ingin membeli kendaraan, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.
Namun akhirnya, kita pun memasuki fase 40-an. Perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesehatan.
Kekayaan dan lain-lain tidak berarti dengan kesehatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, diabetes, asam urat, kolesterol, jantung koroner dan lain-lain sedang melamar kita. 
Masa inilah kita bisa menyesal karena sudah terlalu sering makan yang enak2 dan sibuk kerja sehingga lupa untuk bersenam dan menjaga kesehatan.
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sadar bahwa perkara yang lebih penting dalam hidup ialah kasih sayang.
Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berumah tangga dan tinggal di tempat lain. 
Anak-anak yang sibuk dengan kerjanya masing-masing menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka dahulu. 
Rumah besar, mobil besar seakan-akan tidak lagi berarti.
Kehidupan terus berjalan.
Tatkala memasuki usia 60-an, kitapun semakin sadar bahwa hanya amal ibadahlah bekal yang akan dibawa ke alam sana. 
Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. 
Kubur bakal menjemput kapan saja. 
Mujurlah kita sempat sadar dan Tuhan masih membuka pintu pertobatan yang kita mohonkan. 
Masih tersisa waktu untuk menambah bekal.
*Mari siapkan bekal, hidup ini hanya sementara..


Wednesday 23 November 2016

KERUGIAN MANUSIA

ASSALAAMUALAIKUM W.B.T


Tazkirah hari ini..

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Monday 21 November 2016

MEMORI UMRAH APRIL 2016


UMRAH BERSAMA RADWA TRAVEL & TOURS SDN BHD APRIL 2016
Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."

ASSALAAMUALAIKUM W.B.T.


Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana pada bulan April 2016 baru - baru ni, Radwa Travel & Tours Sdn Bhd dengan jayanya telah membawa dan mengiringi Jemaah seramai 24 orang. Pihak RADWA ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada Jemaah APR 2016 kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk menunaikan kewajiban umrah bersama kami di samping menziarahi di tempat-tempat bersejarah di kedua-dua Tanah suci iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah. 

Pada kali ini, kami ingin berkongsi serba sedikit gambar - gambar Jemaah disepanjang perjalanan kami di sana. 

PEMBAHAGIAN TAG NAMA, TAG BEG BAGASI OLEH PETUGAS RADWA


SEDIKIT TAKLIMAT RINGKAS DI KLIA OLEH KETUA ROMBONGAN, KAMRUL HAMIDI
DALAM KAPAL TERBANG SAUDI AIRLINES



DI MADINAH

MASJID NABAWI



PERKUBURAN BAQI'

LAWATAN DI TEMPAT BERSEJARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI

TAZKIRAH OLEH MUTAWIF DI MASJID NABAWI


ZIARAH DI MASJID QUBA

KAMI MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK JEMAAH SECARA BUFFET



ZIARAH DI LADANG KURMA


ZIARAH DI JABAL UHUD

TAZKIRAH RINGKAS OLEH MUTAWIF KETIKA MENZIARAHI SEKITAR MADINAH

INILAH HOTEL KAMI MENGINAP KETIKA DI MADINAH IAITU HOTEL FAIROZ SHATTA 

ZIARAH DI PERKUBURAN SHUHADA KETIKA PERANG UHUD

BAS YANG KAMI SEDIAKAN KETIKA DI TANAH SUCI


            JEMAAH BERSEDIA UNTUK BERTOLAK KE MAKKAH UNTUK MENUNAIKAN UMRAH PERTAMA




DI MAKKAH
TIBA DI HOTEL TALA AL BADAR DI MAKKAH

HOTEL TALA AL BADAR
 
BERTOLAK KE MASJIDIL HARAM UNTUK MENUNAIKAN UMRAH

DI HADAPAN MASJIDIL HARAM
BERSEDIA UNTUK TAWAF


TAWAF


BER SA'I

BERGUNTING SELEPAS SA'I UNTUK BERTAHALLUL

Selepas selesai menunaikan umrah pertama, Jemaah pulang ke hotel masing-masing untuk berehat. Pada hari keesokannya dan seterusnya, Jemaah di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di kota Makkah serta melakukan umrah ke-2 dan ke-3 dengan diiringi oleh mutawif Radwa

ZIARAH DI JABAL RAHMAH

ZIARAH DI JABAL TSUR

LADANG UNTA

JABAL NUR
MENDAKI KE GUA HIRA DI JABAL NUR

DI PUNCAK JABAL NUR


SUASANA KOTA MAKKAH PADA WAKTU MALAM DARI PUNCAK JABAL NUR

MEMASUKI GUA HIRA BAGI MENGHAYATI TEMPAT RASULULLAH S.W.T. BERTAFAKUR SEORANG DIRI DAN MENERIMA WAHYU YANG PERTAMA OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S.



MENJAMU SELERA ROTI ARAB

PERJALANAN PULANG KE TANAH AIR

SINGGAH DI MASJID TERAPUNG ARRAHMAH DI KOTA JEDDAH SEBELUM KE LAPANGAN TERBANG TERMINAL HAJI UNTUK BERANGKAT PULANG KE TANAH AIR

TIBA DI LAPANGAN TERBANG TERMINAL HAJI DI JEDDAH

SELAMAT TIBA DI KLIA, ALHAMDULILLAH
Sekian saja untuk entri pada kali ini. Moga-moga semua Jemaah April 2016 ini mendapat umrah yang mabrur dan makbul. Amiin InsyaAllah. 

Secara kesimpulannya, nak pergi umrah ni pun bukan boleh main pergi macam kita nak pergi bercuti ke Perth ke, kat Hongkong ke, kat Bali ke. Pergi dengan niat untuk beribadah. Mesti kena ada ilmu dalam hal umrah. Apa yg boleh, apa yg tak boleh. Mohon kepada Allah agar permudahkan semua urusan. Perbanyakkan solat hajat utk mohon segalanya berjalan lancar. InsyaAllah, dengan izinNya dipermudahkan.

Dengan ini juga, kami doakan semua yg membaca entry umrah ni, baik yang belum pergi dan pernah pergi, diberi peluang untuk ke tanah suci, diberi peluang menziarah makam Nabi Muhammad SAW dan diberi peluang untuk beribadah dan berumrah sepenuhnya di sana. Mudah mudahan. Amin.... :)


























Saturday 19 November 2016

ASSALAAMUALAIKUM W.B.T.

PENDAFTARAN UNTUK PAKEJ 2017 TELAH DIBUKA. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT DIJEMPUT SEMUA UNTUK BERKUNJUNG KE PEJABAT KAMI DI RADWA TRAVEL & TOURS SDN BHD YANG BERALAMAT SEPERTI BERIKUT

No. 132, Jalan Wakaf Tembesu, Gong Badak

21300 Kuala Terengganu, TERENGGANU


UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, PEJABAT RADWA SANGATLAH MUDAH UNTUK DIJUMPAI, HANYA TERLETAK BERSEBELAHAN DENGAN MASJID BESAR WAKAF TEMBESU, DEPAN SEKOLAH SAINS SULTAN MAHMUD.

PEJABAT RADWA TRAVEL & TOURS SDN BHD

BERIKUT MERUPAKAN KETUA-KETUA ROMBONGAN DARI RADWA YANG AKAN MENGETUAI JEMAAH UMRAH PADA TAHUN 2017 NANTI..


HJ. HAMZAH @ RAHIM BIN MAMAT
PENGARAH




NAZRUL HISHAM
PEGAWAI



KAMRUL HAMIDI
PEGAWAI

FAIRUZ AMRI
PEGAWAI



MOHD ZUHAIRI
PEGAWAI

INI PULA MERUPAKAN SENARAI MUTAWIF BERPENGALAMAN YANG AKAN MENGIRINGI JEMAAH RADWA DI TANAH SUCI NANTI..

USTAZ NIK AYUB

USTAZ ASWADI

USTAZ FALAH

USTAZ FAHMI

KE SEMUA MUTAWIF INI MERUPAKAN PELAJAR MALAYSIA DARI UNIVERSITI UMMUL QURA, MAKKAH YANG BERPENGALAMAN DALAM MENGURUSKAN JEMAAH UMRAH DAN HAJI DARI MALAYSIA..



SEKIAN SAHAJA DAHULU UNTUK POST PADA KALI INI...TERIMA KASIH..

JOMM!! 

KEMBARA MENCARI KEREDHAAN 

BERSAMA