klik


widgets

Sunday 14 January 2018

UPAH HAJI @ BADAL HAJI 1439H / 2018M









Deposit RM500 sahaja seorang untuk pendaftaran nama. Pendaftaran adalah TERHAD..Untuk info lanjut, sila ke pejabat kami di Sebelah Masjid Wakaf Tembesu, Jalan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu atau hubungi kami di talian 09-6672995 pada hari SABTU hingga KHAMIS (9.00 pagi - 5.00 ptg).

ATAU boleh terus CALL/WHATSAPP kami
013-9049595 (Hj Hamzah@Rahim)



019-9900695 (Hjh Fatimah)



011-37479846 (Zuhairi)

**Kami juga menyediakan pakej-pakej umrah dan ziarah 2018 dan menjual barang-barang kelengkapan haji dan umrah.**
Sila like page kami: 

Saturday 6 January 2018

KELEBIHAN MELAKSANAKAN BADAL HAJI 

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN BADAL HAJI( HAJI BADAL)
>> Badal Haji /Haji Badal( Haji Niyabah) ialah sejenis haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat –syarat yang tertentu. Ia khusus dilaksanakan bagi orang muslim yang telah meninggal dunia belum sempat menunaikan haji tetapi sepanjang hayatnya merupakan orang yang berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan untuk melaksanakan haji. Kedua, ia berkemampuan untuk melaksanakan ibadah haji tetapi terlalu uzur disebabkan faktor usia yang tidak memungkinkan beliau mengerjakan haji atau sakit yang tiada mempunyai harapan untuk sembuh. Oleh yang demikian WARIS boleh mengambil sedikit dari harta si mati untuk melaksanakan haji bagi simati atau mereka yang uzur atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

2. SYARAT PELAKSANA BADAL HAJI
>> Orang muslim yang hendak mengerjakan Haji Badal bagi orang lain perlu mengikut syarat syarat berikut:-
     1. Telah menyempurnakan/menunaikan haji bagi dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada was-was dengan ibadah yang terdahulu.
     2. Hanya menunaikan satu badal haji (seorang sahaja) bagi satu musim haji.
     3. Telah berniat Ihram haji bagi simati atau yang dibadalkan dan tunaikan segala rukun dan wajib haji.
     4. Telah berakil baligh atau berumur 15 tahun ke atas.
     5. Memenuhi syarat-syarat menunaikan Fardu Haji.

3. APAKAH GANJARAN BAGI YANG MELAKSANAKAN BADAL HAJI

>> Hadis Riwayat oleh Darulqutni Rahimahulah dan Nabi bersabda:-

 " حجج من حج عن ابيه أوأمه فقد قض هللا عنه حجته وكان له فضل ع "

Mafhum hadis Nabi “ Barang siapa yang mengerjakan Haji (badal haji) untuk bapanya atau ibunya ,maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan haji untuknya(bapa atau ibu) dan baginya(anak) pahala sepuloh kali haji ”.

>> Hadis Riwayat dari Ibn Abbas dan Rasulullah bersabda:-

" من حج عن ميت كتب للميت حجه ؤللحاج سبع"

“ Barang siapa yang melaksanakan haji bagi seseorang yang mati (selain kedua ibubapa) maka nescaya dicatat bagi si mati satu Haji dan yang mengerjakannya pula pahalanya tujuh kali haji ”.

Ini bermakna bagi waris yang mengupah untuk dilaksanakan badal haji bagi kedua ibu bapanya atau keluarganya atau mereka yang membantu melaksanakan badal haji ,semuanya akan mendapat ganjaran pahala samaada sepuluh atau tujuh kali haji bergantung kepada haji yang dilaksanakan dan Allah tidak kurang sedikitpun pahala hajinya jika ramai yang berkongsi bayaran perkhidmatan badal haji . 

YURAN PERKHIDMATAN BADAL HAJI 
Yuran Perkhidmatan Badal Haji ialah sebanyak RM 2500.00 untuk satu badal. 

HADIAH IRINGAN AKAN DIBERI KEPADA WARIS SELEPAS SELESAI IBADAH HAJI 
1. Sijil Badal 
2. Cenderahati
3. Air Zamzam 3 Liter


"Bersegeralah melakukan Amal kebajikan dan mengejar pahala berganda yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji."


UMRAH BERSAMA 

RADWA TRAVEL & TOURS SDN BHD

PAKEJ DISEMBER 2017



Assalaamualaikum wbt...

Alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah....

Setinggi-tinggi kesyukuran di ucapkan ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang lagi kepada kami team RADWA untuk membawa Jemaah kami ke tanah suci. 

Sebelum tu jom layan dulu video kembara umrah ni 



Alhamdulillah...pada kali ni kami membawa Jemaah seramai 65 orang dengan dibahagi kepada 2 kumpulan { Kumpulan A seramai 40 orang manakala kumpulan B seramai 25 orang } termasuk 4 orang pengiring RADWA { 2 orang pengiring untuk satu kumpulan }. Tugas pengiring RADWA adalah untuk menjaga kebajikan Jemaah-jemaah kami di sepanjang perjalanan dari tanah air sampai pulang semula ke tanah air. Tugas ini adalah sangat penting kerana untuk memastikan Jemaah-jemaah kami dapat beribadah dan berziarah dengan tenang dan berjalan lancar. Tambahan pula pada kali ini seramai 7 orang Jemaah yang terpaksa menggunakan kerusi roda untuk menunaikan umrah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Sekian sahaja dulu pada kali ini. Untuk Pakej seterusnya, pendaftaran telah dibuka untuk bulan MAC dan RAMADHAN. Harga bermula RM6300 sahaja. InsyaAllah...



Untuk UPAH HAJI atau BADAL HAJI, pendaftaran telah pun di buka SEKARANG.. 

Berikut adalah Pakej-pakej Upah Haji yang kami sediakan..






Deposit RM500 sahaja seorang untuk pendaftaran nama. Pendaftaran adalah TERHAD..Untuk info lanjut, sila ke pejabat kami di Sebelah Masjid Wakaf Tembesu, Jalan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu atau hubungi kami di talian 09-6672995 pada hari SABTU hingga KHAMIS (9.00 pagi - 5.00 ptg). 

ATAU boleh terus CALL/WHATSAPP kami

013-9049595 (Hj Hamzah@Rahim)
019-9900695 (Hjh Fatimah)
011-37479846 (Zuhairi)