|
UMRAH BERSAMA RADWA TRAVEL & TOURS SDN BHD APRIL 2016 |
Dari Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
ASSALAAMUALAIKUM W.B.T.
Alhamdulillah, setinggi - tinggi kesyukuran ke Hadrat Ilahi kerana pada bulan April 2016 baru - baru ni, Radwa Travel & Tours Sdn Bhd dengan jayanya telah membawa dan mengiringi Jemaah seramai 24 orang. Pihak RADWA ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada Jemaah APR 2016 kerana sudi memberi kepercayaan kepada kami untuk menunaikan kewajiban umrah bersama kami di samping menziarahi di tempat-tempat bersejarah di kedua-dua Tanah suci iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
Pada kali ini, kami ingin berkongsi serba sedikit gambar - gambar Jemaah disepanjang perjalanan kami di sana.
|
PEMBAHAGIAN TAG NAMA, TAG BEG BAGASI OLEH PETUGAS RADWA |
|
SEDIKIT TAKLIMAT RINGKAS DI KLIA OLEH KETUA ROMBONGAN, KAMRUL HAMIDI |
|
DALAM KAPAL TERBANG SAUDI AIRLINES |
DI MADINAH
|
MASJID NABAWI |
|
PERKUBURAN BAQI' |
|
LAWATAN DI TEMPAT BERSEJARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI |
|
TAZKIRAH OLEH MUTAWIF DI MASJID NABAWI |
|
ZIARAH DI MASJID QUBA |
|
KAMI MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK JEMAAH SECARA BUFFET |
|
ZIARAH DI LADANG KURMA |
|
ZIARAH DI JABAL UHUD |
|
TAZKIRAH RINGKAS OLEH MUTAWIF KETIKA MENZIARAHI SEKITAR MADINAH |
|
INILAH HOTEL KAMI MENGINAP KETIKA DI MADINAH IAITU HOTEL FAIROZ SHATTA |
|
ZIARAH DI PERKUBURAN SHUHADA KETIKA PERANG UHUD |
|
BAS YANG KAMI SEDIAKAN KETIKA DI TANAH SUCI |
JEMAAH BERSEDIA UNTUK BERTOLAK KE MAKKAH UNTUK MENUNAIKAN UMRAH PERTAMA
DI MAKKAH
|
TIBA DI HOTEL TALA AL BADAR DI MAKKAH |
|
HOTEL TALA AL BADAR |
|
ZIARAH DI JABAL RAHMAH |
|
ZIARAH DI JABAL TSUR |
|
LADANG UNTA |
|
JABAL NUR |
|
MENDAKI KE GUA HIRA DI JABAL NUR |
|
DI PUNCAK JABAL NUR |
|
SUASANA KOTA MAKKAH PADA WAKTU MALAM DARI PUNCAK JABAL NUR |
|
MEMASUKI GUA HIRA BAGI MENGHAYATI TEMPAT RASULULLAH S.W.T. BERTAFAKUR SEORANG DIRI DAN MENERIMA WAHYU YANG PERTAMA OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S. |
|
MENJAMU SELERA ROTI ARAB |
PERJALANAN PULANG KE TANAH AIR
|
SINGGAH DI MASJID TERAPUNG ARRAHMAH DI KOTA JEDDAH SEBELUM KE LAPANGAN TERBANG TERMINAL HAJI UNTUK BERANGKAT PULANG KE TANAH AIR |
|
TIBA DI LAPANGAN TERBANG TERMINAL HAJI DI JEDDAH |
|
SELAMAT TIBA DI KLIA, ALHAMDULILLAH |
Sekian saja untuk entri pada kali ini. Moga-moga semua Jemaah April 2016 ini mendapat umrah yang mabrur dan makbul. Amiin InsyaAllah.
Secara kesimpulannya, nak pergi umrah ni pun bukan boleh main pergi macam kita nak pergi bercuti ke Perth ke, kat Hongkong ke, kat Bali ke. Pergi dengan niat untuk beribadah. Mesti kena ada ilmu dalam hal umrah. Apa yg boleh, apa yg tak boleh. Mohon kepada Allah agar permudahkan semua urusan. Perbanyakkan solat hajat utk mohon segalanya berjalan lancar. InsyaAllah, dengan izinNya dipermudahkan.
Dengan ini juga, kami doakan semua yg membaca entry umrah ni, baik yang belum pergi dan pernah pergi, diberi peluang untuk ke tanah suci, diberi peluang menziarah makam Nabi Muhammad SAW dan diberi peluang untuk beribadah dan berumrah sepenuhnya di sana. Mudah mudahan. Amin.... :)
No comments:
Post a Comment