klik


widgets

Saturday 6 January 2018

KELEBIHAN MELAKSANAKAN BADAL HAJI 

1. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN BADAL HAJI( HAJI BADAL)
>> Badal Haji /Haji Badal( Haji Niyabah) ialah sejenis haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat –syarat yang tertentu. Ia khusus dilaksanakan bagi orang muslim yang telah meninggal dunia belum sempat menunaikan haji tetapi sepanjang hayatnya merupakan orang yang berkemampuan dari segi kewangan dan kesihatan untuk melaksanakan haji. Kedua, ia berkemampuan untuk melaksanakan ibadah haji tetapi terlalu uzur disebabkan faktor usia yang tidak memungkinkan beliau mengerjakan haji atau sakit yang tiada mempunyai harapan untuk sembuh. Oleh yang demikian WARIS boleh mengambil sedikit dari harta si mati untuk melaksanakan haji bagi simati atau mereka yang uzur atau sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

2. SYARAT PELAKSANA BADAL HAJI
>> Orang muslim yang hendak mengerjakan Haji Badal bagi orang lain perlu mengikut syarat syarat berikut:-
     1. Telah menyempurnakan/menunaikan haji bagi dirinya sendiri dengan sempurna dan tiada was-was dengan ibadah yang terdahulu.
     2. Hanya menunaikan satu badal haji (seorang sahaja) bagi satu musim haji.
     3. Telah berniat Ihram haji bagi simati atau yang dibadalkan dan tunaikan segala rukun dan wajib haji.
     4. Telah berakil baligh atau berumur 15 tahun ke atas.
     5. Memenuhi syarat-syarat menunaikan Fardu Haji.

3. APAKAH GANJARAN BAGI YANG MELAKSANAKAN BADAL HAJI

>> Hadis Riwayat oleh Darulqutni Rahimahulah dan Nabi bersabda:-

 " حجج من حج عن ابيه أوأمه فقد قض هللا عنه حجته وكان له فضل ع "

Mafhum hadis Nabi “ Barang siapa yang mengerjakan Haji (badal haji) untuk bapanya atau ibunya ,maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan haji untuknya(bapa atau ibu) dan baginya(anak) pahala sepuloh kali haji ”.

>> Hadis Riwayat dari Ibn Abbas dan Rasulullah bersabda:-

" من حج عن ميت كتب للميت حجه ؤللحاج سبع"

“ Barang siapa yang melaksanakan haji bagi seseorang yang mati (selain kedua ibubapa) maka nescaya dicatat bagi si mati satu Haji dan yang mengerjakannya pula pahalanya tujuh kali haji ”.

Ini bermakna bagi waris yang mengupah untuk dilaksanakan badal haji bagi kedua ibu bapanya atau keluarganya atau mereka yang membantu melaksanakan badal haji ,semuanya akan mendapat ganjaran pahala samaada sepuluh atau tujuh kali haji bergantung kepada haji yang dilaksanakan dan Allah tidak kurang sedikitpun pahala hajinya jika ramai yang berkongsi bayaran perkhidmatan badal haji . 

YURAN PERKHIDMATAN BADAL HAJI 
Yuran Perkhidmatan Badal Haji ialah sebanyak RM 2500.00 untuk satu badal. 

HADIAH IRINGAN AKAN DIBERI KEPADA WARIS SELEPAS SELESAI IBADAH HAJI 
1. Sijil Badal 
2. Cenderahati
3. Air Zamzam 3 Liter


"Bersegeralah melakukan Amal kebajikan dan mengejar pahala berganda yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Allah tidak pernah memungkiri janji."

No comments:

Post a Comment